Ayuh! Majlis Berbuka Centre Hidayah Centre

Berita 1 Comment »

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

dan

Hidayah Centre (Pusat Sokongan Saudara Baru)

 

Majlis Berbuka Puasa Kali Ke-4

“Saudara Baru, Saudara Kita”

 

Ayuh sertai! Mari menyumbang dengan membeli RM 100.00 satu kerusi atau RM 1,000.00 bagi satu meja

 

Tarikh

20 September 2008 / 20 Ramadhan 1429H (Sabtu)

Masa

5.00 petang - 10.00 malam

 

Tempat

Dewan Persidangan Utama,

Kompleks Perbadanan Putrajaya

 

Aturcara Program

5.00 petang: Ketibaan tetamu

5.10 petang: Ucapan aluan Pengerusi Majlis

5.30 petang: Forum: “Ke Arah Memperkasakan Saudara Baru di Malaysia”

Panelis

Tuan Haji Dr. Ir. Ustaz Muhammad Fuad Yeoh (Timbalan Presiden MACMA)

Ustaz Kamaruddin Abdullah (Presiden IPCI)

Sister Latifah Tamerlan (Pendakwah Bebas)

7.15 malam: Berbuka Puasa dan Solat Maghrib

7.45 malam: Makan Malam dan Persembahan Nasyid oleh kumpulan Saff-One

8.00 malam: Perasmian

8.20 malam: Solat Isyak dan Tarawikh

Dipimpin oleh

Tuan Haji Dr. Ir. Ustaz Muhammad Fuad Yeoh (Timbalan Presiden MACMA)

9.40 malam: Tazkirah

Disampaikan oleh

Tuan Haji Ayub Abdul Rahman (Bekas Paderi Roman Katholik, Pendakwah Rabithah A-Alam Al-Islami)

10.00 malam: Moreh dan Bersurai

 

Objektif Program

.: Mengumpulkan dana demi menjayakan pengoperasian Hidayah Centre di seluruh Malaysia :.

.: Meraikan saudara baru dan juga para dermawan :.

.: Mewujudkan jaringan perhubungan di kalangan masyarakat :.

.: Mengukuhkan ukhuwwah sesama saudara seagama :.

.: Memberi peluang kepada para hadirin untuk menyelami di samping memahami kehidupan saudara baru :.

 

Apakah itu Hidayah Centre?

Penubuhan Hidayah Centre di bawah naungan JIM adalah dengan matlamat-matlamat berikut:

1. Penempatan sementara saudara baru

2. Pusat perlindungan saudara baru

3. Pusat pendidikan dan bimbingan saudara baru

4. Kerja-kerja penghubung dengan agensi kerajaan dan NGO lain

5. Dakwah kepada bukan Islam dan proses pengislaman

 

Setelah 3 tahun berada di persada perjuangan dalam menyebarluaskan Islam dan memberikan sokongan kepada saudara baru kita, antara pencapaian Hidayah Centre adalah seperti berikut;

1. Beroperasi di 14 lokasi di seluruh negara termasuk di negeri-negeri strategik seperti Sabah dan Sarawak

2. Memberikan bimbingan kepada saudara baru

3. Memberikan kaunseling pemulihan dan pemantapan akidah saudara baru

4. Program-program pembinaan dakwah

5. Program berterusan seperti Hidayah Centre Evening Talk

6. Latihan Dakwah Praktikal

7. Sambutan hari raya

8. Pengislaman saudara baru dan lain-lain

 

Dengan izin Allah Ta’ala, sumbangan umat Islam di Malaysia dan usaha berterusan pihak Hidayah Centre dalam membantu memasyarakatkan dan memartabatkan saudara baru ini akan melahirkan generasi saudara baru, saudara kita yang soleh dan musleh. Terima kasih kepada semua.

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Tuan Haji Nicholas (019-333 5549)

En. Dhany Sarip (012-930 7522)

Pn. Ummi Roses (019-238 6333)

Ibupejabat JIM (03-4108 9669)

 

*Mohon untuk sebarkan e-mel ini. Moga-moga amal kita diterima oleh Allah Ta’ala.

“Berjuta Wajah, Satu Aqidah” – Bro Kamarudin Abdullah

Berita No Comments »

Oleh Amirul Letfee

Gombak, 18 Januari – Alhamdulillah, HC Evening Talk (HCET) siri ke 5 berjaya diadakan di Auditorium A, Kuliah Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Ceramah yang disampaikan oleh Saudara Haji Kamarudin Abdullah ini bermula pada jam 9.30 malam dan berakhir pada jam 11.30 malam.

 

Dalam HCET kali ini, Hj Kamarudin berkongsi pengalaman beliau ketika baru memeluk Islam sehingga sekarang. Beliau menyatakan betapa orang Islam seharusnya bersyukur dan menghargai nikmat Islam ini sepertimana para nabi dan sahabat suatu masa dahulu sehingga sanggup berkorban demi Islam dan rela bersusah payah untuk berkongsi Islam dengan seluruh masayarakat. Penceramah juga berkongsi akan teknik praktikal, dari pengalaman beliau menyampaikan Islam kepada masyarakat yang belum Islam terutama kepada pelancong-pelancong asing yang datang menziarahi masjid-masjid di negara ini. 

 

Beliau yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) yang berpengkalan di Pulau Pinang turut menawarkan untuk melatih sesiapa yang ingin mempelajari teknik-teknik berdakwah terutamanya di masjid-masjid.

img_2033.JPG

img_2003.JPG  HCET 5 (1)

KHUSYUK… Antara Peserta yang hadir

Program yang disertai hampir 200 hadirin ini mendapat respon positif apabila rata-rata melalui sesi soal jawab menyatakan minat untuk mempelajari dengan lebih mendalam akan teknik-teknik berdakwah secara praktikal.

Insya Allah, HCET ini akan dilaksanakan secara berkala pada setiap jumaat ketiga setiap bulan dengan menampilkan barisan penceramah yang berwibawa dalam kita menggerakkan usaha dakwah di kalangan masyarakat. – Hidayah Centre

img_2033.JPG img_1995.JPG img_2029.JPGSEMANGAT… Hj Kamarudin berkongsi pengalamannya dengan penonton

HCET 5 : Bro Kamarudin Abdullah

Berita No Comments »

Assalamu`alaikum…

HC Evening Talk 5

Topik : Berjuta Wajah, Satu Aqidah

Tarikh : 18 Januari 2008 (Jumaat)

Tempat :  Auditorium A, Kuliah Kejuruteraan UIAM Gombak
Masa : 8.45 malam - 10.45 malam

Kemasukan PERCUMA!!!

Penceramah:
Saudara Haji Kamarudin Abdullah 

- Menganut Agama Islam Di Usia Remaja
- Pengasas dan Presiden Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa
- Berpengalaman luas dalam berdakwah dan berceramah di peringkat tempatan dan antarabangsa
- Berguru dengan pelbagai ilmuan seperti Ustaz Sheikh Abdul Hamid (Pakistan), Almarhum Sheikh Ahmed Deedat (Afrika Selatan), Sheikh Rafeek Hassen (Afrika Selatan), Dr Abu Ameenah Bilal Philips (Qatar), dan Dr Danial Zainal Abidin (Pulau Pinang)
- Tokoh Kepimpinan Saudara Kita Maulidur Rasul Peringkat Negeri (Pulau Pinang - 2002)

“Jom ramai-ramai berkongsi pengalaman dengan menghayati talk ini. Banyak yang mampu kita pelajari dari beliau, insyaAllah.. Masjid Kapitan Keling adalah tempat di mana ramai pengunjung luar negara telah datang sebagai memenuhi siri-siri lawatan di Malaysia dan Hj Kamaruddin telah membuktikan bukan sahaja kecantikan masjid yang perlu ditonton oleh tourists ini bahkan keindahan amal islami diperjelaskan bersamanya ….dan akhirnya menjadi tarikan utama ramai pengunjung-pengunjung ini untuk kembali menghayati Islam….Subhanallah! Allahuakbar! Alhamdulillah!”

Datang Beramai-ramai!!! Ajak kawan-kawan!!!

Sebarkan kepada Kawan-kawan lain!!! Insya Allah bermanfaat kepada semua!!!

Untuk Pertanyaan, sila hubungi :

Amirul

03-4108 9669

019-383 6859

*Insya Allah, HC Evening Talk akan diadakan secara berkala pada jumaat ketiga setiap bulan

picture2.jpg 


Hidayah Centre,
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Lot 300.3, Lorong Selangor,
Pusat Bandar Melawati, 53100,
Kuala Lumpur

Tel : 03-41089669 Fax : 03-41071754
Email :
hidayah.centre@gmail.com
www.hidayahcentre.jim.org.my/blog

Tema WordPress & Ikon oleh N.Design Studio | Diolah oleh muxt -- imediaproduction.com
Entries RSS Comments RSS Login