Feb 21
Assalamu`alaikum…
Alhamdulillah, Hidayah Centre Evening Talk (HCET) berjaya diadakan untuk kali keEnam. Untuk HCET kali ini, para hadirin amat bertuah kerana dapat bersama dengan penceramah yang sudah berada dalam arena dakwah sejak 20 tahun yang lalu. Beliau ialah Puan Latifah Tamerlane, seorang pendakwah yang juga bekerja sebagai General Manager di sebuah agen pelancongan, Asian Overland Services Tours & Travel.
Program yang diadakan di Pusat Komuniti JIM, Taman Melawati ini dihadiri seramai 30 orang dan mendapat respon yang cukup baik. Melalui siri perkongsian ini, Puan Latifah berkongsi bagaimana untuk menyampaikan mengenai Islam melalui cara yang mudah dan berkesan. Juga dikongsikan ialah bagaimana untuk menangani silap faham di kalangan bukan Islam.
Insya Allah, HCET 7 akan diadakan pada 21 Mac 2007. Nantikan hebahannya!! Layari http://hidayahcentre.jim.org.my/blog/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut menganai Hidayah Centre.

Feb 06
HC Evening Talk 6
Topic :
“To Love Islam, is To Know Islam”
Date : 15th February 2008(Friday)
Venue : JIM Community Centre, Taman Melawati
(near to Bank Muamalat)
Time : 8.45 pm - 10.45 pm
Our Speakers:
Mrs Latifah Tamerlane
(The lecture will be conducted in English)
Invite Your Friends!!
Any enquiries, pleae contact :
Amirul
03-41089669
019-383 6859
Who is Mrs Latifah?
- Mrs. Latifah Tamerlane has been involved in Da’wah work for more than 20 years.
- She has served in ”The Muslim Converts Association in Spore” as Council Member for more than 3 terms
- She has also been conducting the Centre’s Orientation classes for more than 10years and is still currently doing so to date .
- Mrs. Tamerlane has also been invited to give public lectures on Islam at The Spore Museum by “The Friends of the Museum” and annually at International Schools viz. United World College, The Spore American School, The Overseas Family School of Spore.
- Although, she is the GM of a travel agent by profession, she enjoys giving talks and doing Da’wah work in Spore and internationally.
- Both Muslims and non-Muslims have enjoyed her very open, practical and sensible approach to Islam .
- Those who have benefited the most are the young, inquisitive and even the rebellious !
- Her talks relates to contemporary problems and peppered with lots of anecdotes and real life experiences.
- She is married to a British convert and is herself a Chinese Muslim .
- Her exposure in her travel profession also makes her very comfortable dealing with International audiences .
–
Hidayah Centre,
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Lot 300.3, Lorong Selangor,
Pusat Bandar Melawati, 53100,
Kuala Lumpur
Tel : 03-41089669 Fax : 03-41071754
Email : hidayah.centre@gmail.com
www.hidayahcentre.jim.org.my /blog
Jan 22
Oleh Amirul Letfee
Gombak, 18 Januari – Alhamdulillah, HC Evening Talk (HCET) siri ke 5 berjaya diadakan di Auditorium A, Kuliah Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Ceramah yang disampaikan oleh Saudara Haji Kamarudin Abdullah ini bermula pada jam 9.30 malam dan berakhir pada jam 11.30 malam.
Dalam HCET kali ini, Hj Kamarudin berkongsi pengalaman beliau ketika baru memeluk Islam sehingga sekarang. Beliau menyatakan betapa orang Islam seharusnya bersyukur dan menghargai nikmat Islam ini sepertimana para nabi dan sahabat suatu masa dahulu sehingga sanggup berkorban demi Islam dan rela bersusah payah untuk berkongsi Islam dengan seluruh masayarakat. Penceramah juga berkongsi akan teknik praktikal, dari pengalaman beliau menyampaikan Islam kepada masyarakat yang belum Islam terutama kepada pelancong-pelancong asing yang datang menziarahi masjid-masjid di negara ini.
Beliau yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) yang berpengkalan di Pulau Pinang turut menawarkan untuk melatih sesiapa yang ingin mempelajari teknik-teknik berdakwah terutamanya di masjid-masjid.


KHUSYUK… Antara Peserta yang hadir
Program yang disertai hampir 200 hadirin ini mendapat respon positif apabila rata-rata melalui sesi soal jawab menyatakan minat untuk mempelajari dengan lebih mendalam akan teknik-teknik berdakwah secara praktikal.
Insya Allah, HCET ini akan dilaksanakan secara berkala pada setiap jumaat ketiga setiap bulan dengan menampilkan barisan penceramah yang berwibawa dalam kita menggerakkan usaha dakwah di kalangan masyarakat. – Hidayah Centre
SEMANGAT… Hj Kamarudin berkongsi pengalamannya dengan penonton
Recent Comments